kau digelar sebagai penyeri dunia,
hadirmu pelengkap hubungan manusia,
bukan sahaja dirindui yang biasa,
malah adam turut sunyi tanpa hawa..
akalmu senipis bilahan rambut,
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
jua hati mu bak kaca yang rapuh,
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh...
tercipta engkau dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk dialasi,
bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat dibahu untuk dilindung,
dekat jua dihati untuk dikasihi,
engkaulah wanita hiasan duniawi...
mana mungkin lahir pandangan yang lurus elok,
jika datangnya dari kayu yang bengkok,
begitulah peribadi yang dibentuk...
didiklah wanita dengan keimanan,
bukannya harta ataupun pujian,
kelak tidak derita mengharap pada yang binasa..
sedarlah insan istimewa,
bahawa kelembutan bukan kelemahan,
bukan jua penghinaan dari tuhan,
bahkan sebagai hiasan kecantikan..
*lagu nie sangat mendalam makna nye..
cik myra sangat2 tersentuh..
lagu nie banyak ubah cik myra..
hope perkara2 yang lepas juz jadi sejarah...
da xdek dalam hari2 yang mendatang...
"Ya Allah....kau kuatkan lah iman hamba mu ini...
kau tabahkanlah hamba mu ini...tingkatkan keimanan nya...
sesungguh nya hanya padamu hamba mu ini berserah...
janganlah kau biarkan hambamu ini terleka,alpa dengan keindahan dunia...."